• PPU Profile
  • Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN PUSAT PERUBATAN UniSZA

Pusat Perubatan UniSZA berikrar akan melaksanakan perkhidmatan sebagaimana yang dijanjikan seperti berikut :

  1. Memastikan pesakit dipanggil untuk rawatan oleh pegawai perubatan dengan kadar segera mengikut kategori kes seperti berikut :
    1. Semua kes kritikal ( Zon Merah ) dirawat dengan serta–merta.
    2. Semua kes separa kritikal ( Zon Kuning ) dirawat dalam masa 30 minit selepas selesai proses pendaftaran.
    3. Lain- lain kes ( Zon Hijau) akan dilihat mengikut giliran dan tidak melebihi 2 jam selepas selesai proses pendaftaran.
  2. Memastikan sampel pesakit akan di ambil untuk ujian tidak melebihi 60 minit selepas penerimaan borang ujian.
  3. Memastikan semua ubat didispens di kaunter farmasi dalam tempoh tidak melebihi 60 minit selepas menerima preskripsi.
  4. Memastikan pemprosesan permohonan pinjaman peti pertolongan cemas diselesaikan dalam tempoh tidak melebihi 3 hari bekerja selepas penerimaan borang permohonan.
  5. Memastikan pemandu ambulan akan bertindak ke lokasi kejadian dalam kampus dengan kadar segera selepas menerima panggilan.
  6. Memastikan aduan masalah pelanggan diselesaikan dalam masa tidak melebihi 7 hari bekerja selepas penerimaan aduan pelanggan secara bertulis.

 

KEWAJIPAN PELANGGAN

Kerjasama pelanggan adalah dipohon untuk membolehkan Pusat Perubatan UniSZA melaksanakan Piagam ini dengan berkesan dengan:

  1. Mematuhi semua proses kerja, sistem dan peraturan yang digunapakai dan;
  2. Bersedia dengan maklumat dan dokumen-dokumen yang diperlukan.

PrintEmail