• Kata Alu-Aluan

Kata Alu-Aluan

ketua ppuBismillahirrahmannirahim. Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Selamat datang ke laman portal rasmi Pusat Perubatan UniSZA (PPU). Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana saya diberikan kesempatan untuk memberikan kata aluan di dalam Laman Portal PPU.

Seperti diketahui umum, PPU beroperasi di tiga cawangan kampus iaitu di Kampus Gong Badak yang terbuka untuk warga UniSZA dan komuniti, manakala Kampus Kota dan Kampus Tembila adalah terbuka untuk warga UniSZA sahaja. Secara rasminya, Pusat Kesihatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sudah ditransformasi kepada Pusat Perubatan UniSZA mulai 3 Ogos 2014. Justeru itu, sebagai sebuah Pusat Perubatan yang baru ditransformasikan, kami memerlukan cadangan dan sokongan semua pihak bagi membangunkan perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang terbaik kepada komuniti UniSZA.

Pusat Perubatan UniSZA yang merupakan satu unit bisnes strategik UniSZA adalah merupakan klinik panel UniSZA bagi warga UniSZA dan turut sama dibuka kepada orang awam untuk mendapatkan rawatan. Dalam perkembangan lain juga, pelbagai kemudahan juga disediakan di pusat perubatan ini mengikut fasa yang telah ditetapkan iaitu Fasa Pertama melibatkan penubuhan unit perkhidmatan rawatan doktor pakar, perkhidmatan pra-hospital, perkhidmatan radiografi, dan perkhidmatan haemodialisis. Manakala Fasa Kedua melibatkan penubuhan unit perkhidmatan Nursing Care, penilaian keilatan PERKESO, perkhidmatan fisioterapi dan penubuhan bilik pembedahan minor. Perkhidmatan Perubatan oleh Pakar Perubatan merangkumi Perubatan Dalam, Neprologi, rawatan penyakit kronik, Paediatric, Perubatan Psikologi, Surgeri Am, Ortopedik, Oftalmologi, Ear, Nose and Throat (ENT), Obstetrik & Ginekologi, Diagnosis Pathology, Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD) dan Perawatan Pra Hospital. Perkhidmatan sokongan lain seperti klinik Diet dan Obesiti, Fisioterapi & Rehabilitasi juga turut disediakan.

Maklumat semasa dan perkembangan terkini yang menggabungkan teras utama PPU iaitu perkhidmatan perubatan, khidmat komuniti, pengajaran dan penyelidikan amat penting untuk disebarluaskan sebagai langkah ke hadapan untuk membolehkan komuniti UniSZA mengetahui peranan dan sumbangan yang dimainkan oleh PPU dalam meningkatkan tahap kecemerlangan sama ada di peringkat unieversiti, kebangsaan mahupun antarabangsa. Jadikanlah laman web ini sebagai medium terbaik untuk mendapatkan maklumat pelbagai aktiviti serta perkembangan PPU.

Bagi merealisasikan hasrat ini, saya juga menyeru kepada semua warga PPU agar dapat menyalurkan maklumat kepada webmaster untuk dipaparkan di laman web PPU. Saya berharap semua webmaster sentiasa mengemaskini maklumat yang diperolehi supaya laman web ini akan lebih interaktif dan berinformasi.

Pihak Pusat Perubatan UniSZA juga mengucapkan terima kasih kepada Naib Canselor UniSZA, Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Yahaya Bin Ibrahim serta pihak Pengurusan UniSZA kerana telah mentransformasikan penubuhan PPU. Semoga perkhidmatan yang diberikan mampu menjana kesihatan yang optimum kepada warga UniSZA terutamanya para pelajar dan staf UniSZA supaya dapat melahirkan modal insan yang sihat sepanjang hayat.

Sekian, terima kasih.

 "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"KESIHATAN MENJANA MINDA"

 PROF. DR. NASIR BIN MOHAMAD
Ketua Pegawai Eksekutif
Pusat Perubatan UniSZA

CetakE-mel