• Berita
  • Pusat Kesihatan UniSZA kini dikenali sebagai Pusat Perubatan UniSZA

Pusat Kesihatan UniSZA kini dikenali sebagai Pusat Perubatan UniSZA

Kuala Terengganu: Pusat Kesihatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sudah ditukar kepada Pusat Perubatan UniSZA mulai 3 Ogos 2014, semalam.

Ketua Pegawai Operasi Pusat Perubatan UniSZA, Dr. Aminuddin Abdul Rahman, berkata pusat perubatan yang mula beroperasi semalam itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh enam bulan. "Pusat perubatan UniSZA juga akan dijadikan sebagai klinik panel UniSZA dan turut dibuka kepada orang awam untuk mendapatkan rawatan.

"Pelbagai kemudahan juga akan disediakan di pusat perubatan ini antaranya unit radiografi, unit komplimentari, wad bersalin dan unit rawatan pergigian," katanya ketika majlis pertukaran nama pusat perubatan berkenaan. Dr Aminuddin berkata, ramai pakar yang akan dibawa ke pusat perubatan ini sama ada yang sedia ada mahupun yang baru seperti pakar kanak-kanak dan pakar sakit puan.

Turut hadir semalam, Naib Canselor UniSZA, Profesor Datuk Dr. Yahaya Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof Dr. Mohd Ekhwan Toriman, Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof Madya Dr. Nik Wan Omar, Pendaftar, Encik Nordin Jusoh dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan UniSZA, Profesor Dr. Nasir Mohamad.

Sumber Berita : Berita@UniSZA

PrintEmail