• Berita
  • Program Kesihatan Komuniti Bersama Universiti Sultan Zainal Abidin Dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu

Program Kesihatan Komuniti Bersama Universiti Sultan Zainal Abidin Dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu

Program Kesihatan Komuniti Pusat Kesihatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu telah diadakan pada 21 Mac 2014 (Jumaat) bertempat di Perkarangan Masjid Kg. Sungai Derhaka, Kuala Terengganu. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Masjid Kg. Sungai Derhaka. Program yang julung kali diadakan ini dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad Nazli Bin Muda Pengerusi Ahli Jawatankuasa Masjid Kg. Sungai Derhaka. Program kesihatan komuniti ini bertujuan memberi pemeriksaan dan pendedahan kepada masyarakat cara menjaga kesihatan diri dan kawasan persekitaran. Ini adalah kerana Kg. Sungai Derhaka mempunyai kes demam denggi yang serius pada tahun 2014.

Seramai 80 orang komuniti dalam lingkungan 40 tahun ke atas yang terlibat dalam Program Kesihatan Komuniti. Ceramah mengenai Pembiakan Nyamuk Aedes Dan Kawasan Berisiko Tinggi di sampaikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah, Kuala Terengganu manakala ceramah mengenai Diabetis disampaikan oleh Haji Ab Rahman Bin Salleh Penolong Pegawai Perubatan Pusat Kesihatan UniSZA. Selain itu, terdapat pameran mengenai denggi dan kitaran pembiakan nyamuk aedes yang dipamerkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan pameran penjagaan kesihatan oleh Pusat Kesihatan UniSZA.

Bagi mendapatkan rawatan pemeriksaan kesihatan, peserta dikehendaki mendaftarkan nama untuk memudahkan urusan pendaftaran. Antara pemeriksaan kesihatan yang diadakan ialah Tekanan Darah, Kandungan Gula Dalam Darah dan juga Body Mas Index (BMI) yang dikendalikan oleh Penolong Pegawai Perubatan Perempuan dan juga Jururawat UniSZA. Pusat kesihatan UniSZA juga menyediakan bekalan ubat kepada peserta yang memerlukan rawatan perubatan segera seperti demam, selsema dan juga batuk.

Sambutan terhadap pemeriksaan kesihatan yang julung kali diadakan ini sangat memberangsangkan dan diharapkan dengan pendedahan yang serba ringkas ini masyarakat komuniti mendapat input yang disampaikan.

 

Sila klik disini Galeri Gambar untuk gambar aktiviti.

 

Disediakan Oleh: 

Nor Atikah Binti Mohd Repa'ai

PrintEmail