• Berita
  • Program Gempur Aedes Unisza 2014

Program Gempur Aedes Unisza 2014

Program Gempur Aedes Unisza 2014 : Program Gotong Royong Ganyang Aedes UniSZA telah diadakan pada 21 Februari 2014 bertempat di Foyer Asrama yang melibatkan kawasan kediaman pelajar dan kawasan sekitar dengannya. Program ini telah diadakan anjuran Pusat Kesihatan UniSZA bersama jawatankuasa pelaksana Pembangunan dan Pengurusan Kampus, Pejabat Pengarah Kolej Kediaman Kampus Gong Badak, Pusat Pembangunan dan Holistik Pelajar, Jabatan Keselamatan, HEPA, Kor – SUKSIS, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu. Sebelum program ini berlangsung sedikit pameran berkenaan demam denggi telah diadakan di Speaker Corner Kafetaria Asrama Baru. Program ini dimulakan dengan sedikit taklimat diberikan kepada peserta program oleh Dr. Yusmina binti Yusof berkenaan nyamuk aedes dan demam denggi dan  seterusnya sedikit ucapan  oleh Dr. Shahril bin Othman. Program yang bertemakan ‘Gempur Aedes UniSZA’ bertujuan menghapuskan tempat pembiakan Nyamuk Aedes bagi menyediakan kesihatan di tahap optima dan memberi sokongan kepada Perkhidmatan Kesihatan Universiti.

Seramai 300 orang peserta telah mengambil bahagian dalam gotong-royong Ganyang Aedes, yang terdiri daripada para pelajar dan juga kakitangan UniSZA. Program ini dikendalikan oleh pihak Jawatankuasa Pelaksana aktiviti gotong royong. Gotong-royong ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan bergotong-royong mengikut kumpulan berdasarkan tempat yang dikenalpasti risiko kepada  pembiakan nyamuk aedes, serta dibekalkan penyapu, penyodok, dan platik sampah. Sampah yang dipungut diletakkan dibahu jalan dan dipungut oleh pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Setelah selesai gotong-royong, para peserta diberikan sedikit jamuan ringan di Kafetaria Asrama Baru.

Program ini telah selamat dijayakan dengan sempurna oleh semua pihak yang terlibat. Program yang dilakukan ini dapat memberikan kesedaran kepada para peserta yang terlibat akan bahayanya Nyamuk Aedes yang berkait rapat dengan kebersihan disekeliling. Program ini juga dilihat sebagai satu konsep yang boleh menyemarakkan sikap tolong menolong dan bekerjasama dalam menjalankan tugas yang diberikan.

 

Sila klik Galeri Gambar untuk koleksi gambar aktiviti.

 

Disediakan oleh :

Ilham Aizat Bin Che Harom

CetakE-mel