• Berita
  • Program Kempen Gaya Hidup Sihat dan Pemeriksaan Kesihatan Sempena Mesyuarat Agung Kelab Kejiranan Taman Kuala Terengganu Golf Resort

Program Kempen Gaya Hidup Sihat dan Pemeriksaan Kesihatan Sempena Mesyuarat Agung Kelab Kejiranan Taman Kuala Terengganu Golf Resort

Program Kelab Kejiranan Taman Kuala Terengganu Golf Resort yang baru ditubuhkan pada awal Disember 2013 ini akan mengadakan mesyuarat Agung pertama pada bulan Januari tahun 2014. Bagi memeriahkan lagi Program Mesyuarat Agong Kelab Kejiranan Taman KTGR, Pemeran Gaya Hidup Sihat & Pemeriksaan Kesihatan kepada ahli kelab turut diadakan. Antaranya ialah pemeriksaan tekanan darah, gula dalam darah dah juga BMI. Selain daripada itu, promosi kesihatan dan persekitaran awam turut diadakan, seperti pameran cara menagani stress, denggi, diabetes, kanser servik, leptospirosis, penyakit TIBI, amalan menjaga kebersihan dan bahaya rokok. Kakitangan pusat kesihatan UniSZA yang terlibat menjayakan program ini adalah Pembantu Perubatan, Jururawat dan juga Inspektor Kesihatan. Seramai 70 orang mendaftar bagi mendapatkan rawatan dari Pusat Kesihatan UniSZA. Kemeriahan turut dirasakan apabila Sekolah Kebangsaan Gelam, Mengabang Telipot menghantar Pasukan Doktor Muda seramai lima orang untuk berkhidmat bersama dan memeriahkan lagi program pemeriksaan kesihatan.

Selain daripada itu, Pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah ( Unit X-Ray) juga turut terlibat dalam mengadakan pameran megenai Mamogram bagi memberi informasi kepada semua pihak megenai Mamogram yang kini dipandang remeh oleh masyarakat. Pihak HSNZ juga turut  membuat tarikh temujanji kepada semua pesakit yang ingin mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

 Pusat Kesihatan UniSZA bersedia melaksanakan tanggungjawab memberi khidmat bakti kepada semua lapisan komuniti tersebut. Sehubungan itu, objektif PKU dapat mengeratkan kerjasama bersama Kelab Kejiranan Taman Kuala Terengganu Golf Resort dalam meningkatkan mutu kehidupannya,meningkatkan kesedaran kepada kakitangan PKU mengenai kepentingan memberikan khidmat bakti kepada masyarakat, mendedahkan kepentingan terhadap penjagaan kesihatan kepada masyarakat, memperkenalkan UniSZA  kepada masyarakat setempat. Aktiviti yang disediakan kepada Kelab Kejiranan Taman Kuala Terengganu Golf Resort pada hari itu seperti pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan badan sihat  dan promosi Kesihatan Dan Persekitaran Awam

 Program pemeriksaan kesihatan ini, telah berjaya dengan jayanya dan mendapat sambutan yang meriah dari para pengunjung. Lebih memeriahkan lagi dengan kehadiran semua ahli Kelab Kejiranan Taman Kuala Terengganu Golf Resort,pegunjung yang datang untuk beriadah di Taman Kuala Terengganu Golf Resort, tok jembal dan doktor muda dari Sekolah Kebangsaan Gelam. Kami juga berharap program sebegini dapat diteruskan bagi memberi kesedaran bagaimana untuk mencegah penyakit dan mengambil langkah pertama menjaga kesihatan.

 

Disediakan Oleh :

Adrina Alang

CetakE-mel