• Berita
  • Program Komuniti : Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Masjid Jamek Gong Pak Jin

Program Komuniti : Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Masjid Jamek Gong Pak Jin

 

Program Kesihatan Komuniti Pusat Kesihatan UniSZA telah membuka tirai 2014 di Kampung Gong Pak Jin, Mengabang Telipot. Program ini telah berlangsung pada 23 Januari 2014 bertempat Di Perkarangan Masjid Jamek Kampung Gong Pak Jin. Program dianjurkan bersama Pihak Jawatankuasa Masjid Jamek Kampung dan pihak Sekolah Kebangsaan Gelam, Mengabang Telipot.

Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Iman Masjid En. Hj. Sidik Bin Abu Bakar. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk menyambut Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Masjid dan diserikan dengan kehadiran pelajar sekolah yang mengamatkan lagi program ini. Sekaligus, mempromosikan cara penjagaan kesihatan dan merupakan platform bagi menyebarkan informasi terkini mengenai kesihatan kepada komuniti luar bandar.

Program ini dijayakan dengan penyediaan paramedik bagi melaksanakan khidmat pemeriksaan kesihatan percuma kepada komuniti kampung tersebut. Antara paramedik yang hadir ialah Dr. Rozita, MA Hj. Ab. Rahman, Sn. Adrina dan Pn. Nik Fawzia. Pemeriksaan kesihatan yang dijalankan seperti Ujian Gula Dalan Darah(RBS), Bacaan Tekanan Darah(Blood Pressure) dan Kanseling Perubatan. Seramai 70 warga masyarakat kampung yang telah datang menjalani pemeriksaan kesihatan percuma di tempat khas bagi Pusat Kesihatan UniSZA. Program ini dimeriahkan lagi dengan aktiviti pelajar seperti pertandingan perarakan, pertandingan nasyid, pertandingan bercerita kisah nabi dan penyampaian hadiah oleh pihak sekolah.

 Program ini dilihat salah satu pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat dan meningkatkan kerjasama dan koordinasi antara pihak unisza dan komuniti setempat. Selain itu, ia digambarkan sebagai satu wadah terbaik mengeratkan hubungan antara sesama masyarakat khususnya dalam bab kesihatan yang merupakan antara elemen terpenting dalam sesebuah kehidupan.

 

 

 

 

Disediakan Oleh :  

Adrina Alang

CetakE-mel