• Berita
  • Program Transformasi Pemakanan Sihat

Program Transformasi Pemakanan Sihat

 Program Pemakanan Sihat 2013 telah diadakan pada 8 Mei 2013 bertempat di  Dewan Auditorium Perpustakaan UniSZA Kampus Gong Badak dengan anjuran bersama Dietetic Students Association (DECSA/FPSK) dan Jabatan Pendaftar UniSZA. Pelaksanaan utama Program Pemakanan Sihat 2013 ini diadakan bagi menyahut saranan Kementerian Pengajian Tinggi  berkenaan Pelan Tindakan Nasional melalui Program Kesihatan Remaja. Transformasi Pemilihan Pemakanan dipilih sebagai tajuk program dalam mempromosikan pemakanan sihat dan merupakan platform bagi menyebarkan informasi terkini mengenai kesihatan.

Seramai 88 orang peserta terdiri daripada 55 orang staf Unisza dan selebihnya pelajar-pelajar Kejururawatan. Acara bermula dengan bacaan doa dan dirasmikan oleh Prof Madya Dr Nik Wan Omar selaku Pemangku TNC HEPA. Terdapat 4 slot pengisian minda  bermula dengan ‘Transformasi Pemilihan Pemakanan Sihat 2013 oleh Puan Che Suhaili Che Taha,Pensyarah Dietetik. Pengisian rohani oleh Ustaz Suhaimi Mohamad dari Pusat Islam dengan ‘Pemakanan Dalam Islam’ , ‘Pemakanan Kesihatan Tambahan’ oleh Prof Dr Ahmad Syukri Yazid dari Avail Beauty dan dari Dr Aryati Ahmad,Pensyarah Dietetik bertajuk ‘Thin Outside Fat Inside’. Program turut dimeriahkan dengan aktiviti pemeriksaan kesihatan percuma, demonstrasi masakan sihat oleh pelajar-pelajar DECSA/FPSK dan terdapat beberapa booth dibuka seperti Aman Palestin,Eversweet Product dan Avail Beauty.

Program ini dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup yang lebih sihat dan meningkatkan kerjasama dan koordinasi anatara Ptj,Fakulti dan pelbagai agensi terlibat dalam kefahaman pengetahuan serta kemahiran tentang ilmu pemakanan terhadap kesihatan. Usaha dan program baik ini sewajarnya diteruskan pada masa mendatang.


Sila rujuk di bawah untuk gambar aktiviti sepenuhnya:

Galeri Gambar

CetakE-mel