• Berita
  • Program Bersama Anak Yatim Darul Akhyar

Program Bersama Anak Yatim Darul Akhyar

 Pada 4 Ogos 2012 ,Pusat Kesihatan Pelajar UniSZA telah menganjurkan satu program bagi merapatkan tali silatulrahim antara kakitangan UniSZA dengan komuniti luar, di Asrama Anak-Anak Yatim Darul Akhyar -Batu Rakit. Buat pertama kalinya, program ini di anjurkan oleh Pusat Kesihatan Pelajar  itu sendiri , yang di ketuai oleh Dr. Aminuddin Bin Abdul Rahman, selaku Ketua Pusat Kesihatan Pelajar , bersama-sama  15 orang kakitangan PKP yang terdiri daripada pelbagai jawatan.                 

Asrama Anak-Anak Yatim Darul Akhyar  yang terletak di Kampung Mengabang Kapal - Mukim Batu Rakit ,  adalah di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu (MAIDAM ). Menurut  Penyelia Asrama  tersebut - Ustaz Mohd Razaki BinYusof , asrama ini menempatkan seramai  69 orang lelaki dan 75 orang perempuan yang terdiri  daripada anak-anak yatim piatu dan fakir miskin berumur antara 13 – 19 tahun. 

 Antara pengisian program yang telah dijalankan pada hari itu ialah Teknik-teknik Asas Pertolongan Cemas dan Pemeriksaan kesihatan.  Anak-anak ini telah di pecahkan kepada 4 stesen . Stesen pertama  , Mari Mengenal  ‘ First Aid Box ‘ dan Cara-cara Pemakaian Anduh. Di sini anak-anak di dedahkan dengan barang-barang  yang  terdapat di dalam ‘First Aid Box’ serta  kegunaannya. Cara pemakaian dan ikatan anduh yang betul juga telah diajar.

Stesen  kedua pula ,Teknik-teknik Asas Mencuci Luka. Anak-anak ini diajar cara-cara mencuci luka dengan menggunakan peralatan dan ubat dengan cara yang betul.

 Teknik – teknik  balutan pula di stesen 3. Pelbagai cara balutan telah di tunjukkan kepada anak-anak  ini sebagai  pengetahuan di masa akan datang.

          Pemeriksaan Kesihatan dan Rawatan diberikan di stesen 4. Seramai 2 orang Doktor telah di tempatkan di sini  bagi  memberi  rawatan dan khidmat kaunseling  . Ubat-ubatan juga telah dibekalkan kepada  anak-anak ini sebagai mana yang telah di prescribe oleh doktor .    

Alhamdulillah , hasil dari sumbangan pembekal-pembekal , orang ramai serta kakitangan PKP itu sendiri  , dapatlah kami memeriahkan lagi program kami dengan menyediakan  hadiah kuiz dan cabutan bertuah. Sumbangan dari Ahli Undangan Negeri Dun Batu Rakit pula diagihkan sebagai duit raya.

Di akhir program kami pada hari itu , Ustaz Razaki telah memberi sepatah dua kata sebagai Penyelia di Asrama Darul Akhyar dan di susuli dengan ucapan penutup dari Dr. Aminuddin Bin Abdul Rahman sebagai tanda berakhirnya program kami pada hari itu. Majlis di akhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penghuni asrama  sebagai tanda prihatin dan rasa sayang kami pada mereka.

Program Pusat Kesihatan Pelajar Bersama Anak-anak Yatim Darul Akhyar  pada hari ini , bukan sahaja dapat memberi peluang kepada kakitangan untuk beramah mesra dengan penghuni asrama , malah juga dapat memupuk keinsafan dan kesyukuran dalam diri kakitangan itu sendiri. Semoga kami dapat meneruskan lagi aktiviti-aktiviti seperti ini di masa akan datang, insyaAllah.


Sila rujuk di bawah untuk gambar sepenuhnya:

Galeri Gambar

CetakE-mel