• Berita
  • Hari Wellness Wanita UniSZA 2012

Hari Wellness Wanita UniSZA 2012

Pada 26 Jun 2012 Pusat Kesihatan Pelajar (PKP) UniSZA dengan kerjasama Jabatan PendaftarUniSZA telah mengadakan satu programHari Wellness Wanita UniSZA 2012 bertempat di Dewan Auditorium Perpustakaan UniSZA Kampus Gong Badak. Program ini telah dihadiri seramai 120 kakitangan wanita UniSZA dan dirasmikan oleh Dr Aminuddin Abdul Rahman dan dijayakan dengan kehadiran penceramah dari Hospital Sultanah Nur Zahirah, selaku Pakar Sakit Puan HSNZiaitu Dr Karimah Bt Mohd, Pegawai Hal Ehwal Islam UniSZA, Ustaz Suhaimi Mohamad, Pensyarah Universiti Unit Diet Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) iaitu Che Suhaili Bt Che Taha dan Pegawai Farmasi dari Poisse Sdn. Bhd. iaitu En Aidi Bahar Bin Mustafa.

             Program ini diadakan bertujuan untuk memberi input yang berguna dalam penjagaan kesihatan harian, memastikan kesihatan kakitangan wanita UniSZA berada dalam keadaan optimum, membudayakan suasana mementingkan penjagaan kesihatan di kampus UniSZA dan menjalankan pemeriksaan kesihatan warga wanita UniSZA secara percumaselaras menyedari pelbagai peranan wanita dalam keluarga, masyarakat, ekonomi dan politik negara, maka dengan itu strategi-strategi khusus perlu dilaksanakan untuk melibatkan wanita secara berkesan dalam penjagaan kesihatan yang baik dan berterusan supaya potensi wanita dapat dioptimumkan.

            Hari Wellness Wanita UniSZA 2012 yang berjalan dengan lancar selama sehari ini memuatkan pelbagai aktiviti bermanfaat seperti empat ceramah kesihatan yang bertajuk “Wanita Dari Segi Perubatan Dan Kesihatan”, “Wanita dan Kesihatan Rohani”, Dilema Wanita: Sedap atau Sihat?” dan “ Tips Dan Petua Kesihatan Dan Kecantikan Dalaman Dan Luaran Melalui Cara Pemakanan Dan Kaedah Gaya Hidup Sihat”.

      Program ini telah tamat dengan jayanya dan mendapat permintaan ramai untuk diadakan secara berterusan dalam mewujudkan buadaya mementingkan penjagaan kesihatan dengan cara yang betul. Diharapkan juga program wellness seperti ini akan sentiasa mendapat galakan daripada pengurusan UniSZA dalam melahirkan warga UniSZA yang sentiasa sihat dan bersemangat dalam menjalankan tugasan  mereka.

  
Sila rujuk di bawah untuk gambar aktiviti sepenuhnya:

Galeri Gambar

CetakE-mel