• PPU Profile
  • Latar Belakang

Latar Belakang Ringkas Pusat Perubatan UniSZA

Pada 4 April 2009 pusat tanggungjawab baharu ditubuhkan di atas nama Pusat Kesihatan Pelajar UniSZA objektif utama penubuhannya adalah untuk memberi perkhidmatan kesihatan kepada pelajar UniSZA. Pada tahun 2013, Pusat Kesihatan Pelajar UniSZA ditukarkan kepada Pusat Kesihatan UniSZA (PKU) untuk memperkembangkan perkhidmatan rawatan dan perubatan kepada pelajar dan juga staf UniSZA. PKU telah ditempatkan di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA).  

Bermula Ogos 2014, transformasi Pusat Kesihatan UniSZA dilaksanakan kepada Pusat Perubatan UniSZA (PPU) dan ditempatkan di bawah pengurusan Canseleri UniSZA. Skop perkhidmatan PPU merangkumi warganegara UniSZA dan masyarakat sekitar UniSZA serta penambahan pelbagai perkhidmatan baharu yang dilaksanakan mengikut fasa. Perkhidmatan baharu tersebut melibatkan Rawatan Kesihatan & Perubatan Pelajar Luar Skim Yuran Kesihatan, Pemeriksaan Kesihatan Staf, Pemeriksaan Kesihatan Pelajar Baru, perkhidmatan Diagnostik dan Pengimejan, perkhidmatan Perubatan Pakar, perkhidmatan ‘Minor OT’, Rawatan Harian Pesakit Luar, Pemeriksaan Kesihatan Bagi  ‘Occupational Health Disease’ (OHD), Perkhidmatan  Nursing  Care, Rawatan Fisioterapi dan Rawatan Hemodialisis. Penambahan perkhidmatan baharu ini akan dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan perkhidmatan PPU dalam membantu pelbagai bahagian, fakulti pengajian, pusat dan unit di UniSZA serta masyarakat luar.

PrintEmail